Archive for February, 2009
KL City Day Run 2009
0Venue : Dataran Merdeka, KL
Date : 22-02-2009
Pagi ni datang awal sket… nak book parking belakang Kelab Selangor. Sampai2 jer, dpt parking. Naik atas divider. Sempat tido se round dulu.. heheehhe.
Bangun kul 7.15am. Alamak, lom warm-up lagi. Gi warm-up lebih kurang, terus pegi ke starting area. Sambil2 tu mencari En. Halil(biras aku), nak pass running pouch kat dia, tak jumpa plak.
Race start tepat pukul 7.30am. Route mcm route 10k yg biasa digunakan dlm race2 lepas (Siemens Run, Power Run). Larian kali ni aku cuba push laju sket. Terutama skali kat section bukit di Bukit Tunku & Jln Duta depan Lembaga Peperiksaan. Bleh tahan gak, improved dari dulu. Kalu tak dulu situ ler tpt aku pancit.
Habiskan larian dlm kurang sejam (58min camtu). Tgh2 lepak minum air Milo, ternampak En. Halil. Aku ingat dia dah surrender tak jadi lari. Lari jugak dia rupanya. Waa suspek lu lah bro! Welcome back to the arena. Lepas ni bleh lari lagi.
Lepak2, minum2, chit chat, amik gambar ngan geng Slowmovers & chalooo…
Sekian report kali ni. Jumpa next week di Larian Menuju Puncak (Towerthon).
FTAAA X-country 2009
0Date : 15-02-2009
Venue : Tapak A, Tasik Perdana, KL
Larian hari ni agak best, walaupun tak training aper pun. Track offroad dia lebih mencabar & lebih panjang dari tahun lepas. Rasa mcm mini trail-blazer plak.
Larian start pukul 7.30am. Mula dgn kategori A, B & C dan seterusnya. Larian mengelilingi Tasik Perdana, pastu mendaki bukit ke arah Planetarium Negara, belakang Taman Burung seterusnya menghala ke arah Padang Merbuk. Mcm route tahun lepas.
Track offroad bermula di jalan belakang Istana Selangor. Track agak licin ekoran hujan mlm tadi. Hutan agak tebal menjadikan keadaan track agak gelap. Slope nya agak curam juga. Laluan lebih mencabar dan sempit, sampai bleh jadi traffic jam dlm hutan tu. Laluan offroad kali ini lebih panjang, turun-naik2, ntah biler nak sampai. Rasanya lebih kurang 800m gak laa. Selepas melalui rack off-road, kene lalu lecak plak sblm track berkembali ke jalan raya. Nak tak nak, kasut kene laa jugak pijak lecak.. tak bleh elak.
Timing aku lebih kurang 58minit. Pegi cari lori Milo. Beratur punya ler panjang. Kanak2 sekolah ramai. Lori Milo sebijik jer. Kene komplen nih. Berjumpa ngan bro Zul Hassan. 1st time jumpa. Borak2 tentang triathlon & mintak tips2 sket. Thanks bro Zul.
Borak ngan geng2 Slowmovers & blah.
Cycling @ Ulu Langat, again
4Date : 9/2/2009
Venue : Ulu Langat
Hari ni aku pegi lagi training cycling. Tp kali ni ngan 2 member aku. Sorang ni baru jer join.
RV kat Bt 14. Started at 8am. Kitorang kayuh pelan2. Sampai IKBN, aku berenti jap amik gambar, sementara tunggu member aku sampai.
Sambung ride. Sampai Bt. 18 plak. Aku stop dulu, tunggu member2 aku yg kat belakang td. Sambil tu layan gambar dulu.
Kat sini kitorang tukar2 basikal. Member aku tak larat nak kayuh mountain bike. Biler dpt bike, terus berdesup dia ke depan… hehhehe.
Aku follow dr belakang jadi sweeper plak. Akhirnya sampai Sg. Congkak. Kitorang stop sini, lepak2 tengok org mandi, sblm berpatah balik ke Bt 14. Layan gambar sketttt…
Dah lepak2 tu, kitorang sambung perjalanan patah balik ke Bt. 14. Kali ni tak sampai Pangsun. Maybe next time.
Perjalanan ke Bt. 14 lebih senang. Menurun bukit. Singgah sebentar di kolam air panas depan IKBN. Rendam2 kaki jap, pastu teruskan ride.
Sampai di Bt 14 lebih kurang 11am. Melantak tak hingat di warung traffic light corner & break convoy. Nice ride guys.
Cycling @ Ulu Langat
0Date : 7/2/2009
Venue : Ulu Langat
Hari ni aku training cycling sorang2 kat Ulu Langat, without my usual cycling mate. Kul 8.30am aku sampai di Pekan Bt. 14 Ulu Langat. Cuaca redup.
Aku kayuh slow2 jer ari tu sbb dah lama tak cycling. No pressure. Nak dekat2 sampai Pangsun tu, kepala aku mula dah berpinar. Dari tadi tak minum air sbb lupa bawak air. Adehhh.
Sampai jer bus stop kat Pangsun tu, aku cepat2 parking bicycle aku. Terus duduk kat bus stop tu, picit2 kepala. Rasa nak pitam pon ada. Aku terus berdiri jln mundar mandir sambil picit kepala. Finally lega jugak sakit kepala aku.
Rest jap ambik angin. Pastu sambung balik ride, patah balik ke Bt. 14.
Ni gambar2 yg aku sempat amik.

























