Archive for the ‘Running’ Category

Young Endurance Athlete 2009

Tuesday, October 6th, 2009

yea2009

The Young Endurance Athlete 2009 will be held in Putrajaya on the 17th and 18th October 2009.

Details are below:

Date: 17 & 18 October 2009
Venue : Kolam Renang Awam, Precinct 6, Putrajaya.

Tentative

17/10 – Triathlon Clinic (7.30am – 2.30pm)
18/10 – Race Day (7.00am – 12.00pm)

Age Categories

Boy
A : 7-9 yrs
B : 10-12 yrs
C : 13-15 yrs

Girl
A : 7-9 yrs
B : 10-12 yrs
C : 13-15 yrs

Closing Date: 7th October 2009

For more info, call:

Amir at 012-219 5552 or email at ybicycle [ at ] yahoo.com

Mejar Kalam at 019-271 2569 or email at kalampie [ at ] gmail.com

Julie at 017-332 3451 or email at missjewelz [ at ] gmail.com

Adidas KOTR Race Kit

Wednesday, July 29th, 2009
Cantik plak no bib aku kali ni.. hehehe

Cantik plak no bib aku kali ni.. hehehe

Semalam (28/07/2009) aku pegi Stadium Shah Alam utk collect Adidas King of the Road(KOTR) 2009 race kit. Kaunter buka pukul 1pm. Aku sampai 12.50pm, org dah beratur panjang. Aiseh, lama lah aku kat sini, lunch hour sejam jer plak tu. Lantak lah, boss takde. Dlm race kit ada vest Adidas KOTR, race bibs & adidas brochure.

Stadium Shah Alam

Stadium Shah Alam

Sampai2 jer dah ramai org beratur

Sampai2 jer dah ramai org beratur

Vest2 digantung utk memudahkan pemilihan saiz

Vest2 digantung utk memudahkan pemilihan saiz

6 kaunter disediakan

6 kaunter disediakan

Aku ni citer jer lebih, mcm ler aku pegi lari KOTR nanti. Huhuhuh…

SC KL Marathon 2009

Wednesday, July 1st, 2009
Finisher's Medal & bib aku 0353

Finisher's Medal & bib aku 0353

Marathon ke-2 aku kali ni, aku berjaya tamatkan dlm masa 6:12. Alhamdulillah! Dan kali ni aku nak tulis simple report jer. Frustrated! Nak tau citer, baca kat bawah…

Race start pukul 5.00am dlm keadaan hujan renyai. Tak sempat aku nak warm-up, badan dah sejuk balik kene air hujan.

Hujan renyai berhenti setelah sampai di Brickfields. Teruskan larian. Di KM-15 depan Tabung Haji, diorang kasi pisang. Belasah pisang sebijik. Dpt ler instant energy boost sket.

Sampai di water station Jln Raja Muda, aku mkn Power Gel & minum air sekali. Tu lah last water station yg aku jumpa, yg masih ada air. Lepas2 tu, KLCC, Jln Pinang… bla2 sumer dah takde air. Yillek.. nadaaa.. podah cittt!!! Sumer pelari bising. Ada pelari Singapore ni saun brader jaga air tu, “You should come to our country, see how they manage the marathon”. Aku malas menyampuk, aku teruskan usaha cari air. Kot terjumpa botol air mineral yg dibuang oleh pelari2 di water station, yg air masih tinggal sket tu pon bleh kaut minum. Desperate for water!!!

Bila sampai depan Wisma Genting, ada sorang brader ni offer aku air mineral dia, aku minum sket. Thanks bro, tp aku tak ingat nama ko.

Depan Pavillion, aku tak larat dah nak berlari mendaki Bukit Bintang tu. Berjalan jer. Tengok pelari2 lain singgah 7-Eleven beli air. Aisehhhh, tak teringat plak aku nak bawak duit. Sekali ada this one young chinese guy(bib no 478 kot) beli beberapa botol air mineral. Dia offer aku sebotol. Thanks man!!! Di sini kita boleh melihat sifat tolong-menolong sesama peserta, tak kira bangsa, umur. Tu yg bagus tu. Aku harap aku boleh tolong ko pulak satu hari nnti bro.

Sampai kat Jln Bandar(KM-30) aku diberikan Power Gel. Bro yg jaga Power Gel tu(aku tak ingat nama nya) kata 300m ahead ada water station. Aku dah belajar dr kesilapan lalu, selagi aku tak nampak water station yg ada air, aku takkan makan Power Gel nih. Kalu mkn jugak, kering lah mulut aku. Huhuhu… Tengok2, water station lepas tu mmg takde air, aku dah agak. Hampa lagi aku. Berjalan ler aku mendaki bukit Jln Hang Jebat tu.

Jln punya jln, aku nampak ramai runners masuk ke satu tempat ni (JPWKL kot). Diorang kata ada air kat dlm. Water cooler rupanya. Aku pon masuk & queue nak amik air water cooler tu. Kat sini lah silapnya aku. Aku tak sepatutnya berhenti static lama2. Lepas amik air & isi dlm botol2 fuel belt aku, aku teruskan larian. Dah rasa semangat sket dah ada air. Tp tiba2 betis & peha aku rasa mcm kene cucuk2, mcm ada alien kat dlm. Adehhhh.. aku rasa asid laktik dah menguasai kaki aku ni. Silap aaa aku berenti lama tadi.. huhuhuhu.. Kaki aku dah mula nak cramp. Otot betis kaki aku dah tertarik ke dalam dah, bleh nampak tuuu otot termasuk. Perghhh ngeri, aku mampu menahan sakit sambil mengurut2 betis aku. arghhh… ada runner yg offer pertolongan, aku kata takpe, sket jer, konon.

Lepas tu, lari sket jer dah rasa nak cramp. Iskkk.. tak bleh jadi nih. terpaksa laa aku berjalan jer. Jalan pon dah mcm robot. Turun bukit bleh laa aku cuba berlari sket2. Naik bukit jgn harap nak lari, sia2 kene cramp kang.

Tgh aku berjalan kat depan Istana Negara, ada plak mamat ni bawak kete Satria, jerit kat aku “Woiii!!! Lari lah!!!” Aku pon angkat balik tangan kat dia “Woiiii!!!!” Hampeh… sepontan jer reaksi aku. Dah ler takde air. Kaki cramp. Fuhhh, masa ni tak bleh sapa2 tegur. Pantang…

Depan Muzium Negara baru ler jumpa satu water station yg masih ada air. Lega kejap. Tp dah terlambat utk hilangkan cramp kaki aku. Minum puas2 & refill fuel belt aku. Lepas2 tu, semua water station yg aku jumpa ada air.

Ni citer best nih. Kat trafik light sblm Dataran Merdeka tu, terjadi laa satu drama yg tak ble aku lupa. Trafik tgh tunggu lampu hijau, aku berlari antara trafik. Tiba2 jer dua2 kaki aku cramp, sakit tak hingat punya! Menjerit aku. Tersungkur aku antara teksi & bas. Kebetulan masa tu lampu trafik light dah hijau, kenderaan nak start jalan, semua berhenti serentak sbb ternampak aku tersungkur kat situ. Sib baik dtg Pegawai Trafik DBKL ni tahan sumer kenderaan jgn kasi jalan. Terus dia turun dari motor dia kasi pertolongan kat aku. Dtg lagi sorang pejalan kaki ni tolong luruskan kaki aku yg belah kiri plak. Dua2 kaki aku cramp. Terima kasih kalian sbb tolong aku. Bila dah ok, aku berdiri & jln mcm robot ke garisan penamat, sambil menahan sakit nak cramp. Huhuuuu… Nampak Nik, Kash, Stupe & Mr. Tey kat finishing, cheering utk aku. Naik sket semangat aku, lari sket2 ke garisan penamat.

Akhirnya aku tamat dlm masa 6:12. Ambik luggage aku, finisher’s medal & finisher’s ‘night gown’. Punya lah besar, aku saiz S, yg ada saiz XL. So jadi night gown jer lah.

Lepas tu lepak medic tent, utk meredakan cramp aku & free massage.

Eh.. panjang plak karangan aku nih. Td kata nak simple jer. Ni tgh byk idea lah ni.
Ok lah.. next year KL Marathon, better improve lah. Kalau tak, takde org nak lari full marathon dah.

Finishing...

Finishing...

5094_97710517011_530057011_2141091_2179046_n

...

Group photos bersama geng2 triathletes

Group photos bersama geng2 triathletes

Baju tidur utk penamat2 marathon

Baju tidur utk penamat2 marathon

p/s: some photos are credit of Stupe.

Ready untuk KL Marathon

Saturday, June 27th, 2009

Petang semalam aku pegi amik KL Marathon race kit di Dataran Merdeka. Sistem yg digunakan mereka sgt efisien. Kaunter yang disediakan juga banyak. Aku amikkan race kit skali utk in-laws aku. So, jumlah sumer race kit yg aku kaut 5 buah. Terserempak ngan fellow runners, Ms. Julie Wong & Mr. Tey. Said “Hi!” to them. Tanpa tunggu2 sbb jln jem, aku terus blah.

No aku 0353

No aku 0353

Kali ni aku memakai bibs bernombor 0353. Mereka menggunakan sistem cip yg agak baru bg aku, yg dikenali sbg DAG Bib. Ia mempunyai radio transponder pasif yg akan memancarkan frekuensi 13.56MHz apabila melalui gantri atas mats.

DAG Bib, a disposable electronic radio frequency tag

DAG Bib, a disposable electronic radio frequency tag

Power Gel aku dah beli 4 biji kat Watson, harga RM5.50 satu, murah nih. Sure muak punyer lah mkn mende ni esok. Tak lupa juga ORS(Oral redhydration salt) utk elak cramp.

Power Gel & ORS

Power Gel & ORS

Okeh.. Hari ni masa utk tapering. So aku nak rest cukup2 sblm berjuang menentang diri aku sendiri esok.

WISMILAK!!!

Trikidz Cyberjaya

Monday, June 15th, 2009

Event : Trikidz Cyberjaya Kids Duathlon
Date : 13-14 June 2009
Venue : Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

DSC_2911

Alang, Hakim & Halil

DSC_2913

Basikal budak2 yg cute2

DSC_2929

Biras & abg ipar aku yg cool

DSC_2934

Group photo sebelum race

Event ni aku tak bawak anak aku masuk, tp aku pegi nak kasi support kat anak buah aku, Hakim yg amik bahagian, sambil2 jadi photographer.

Pagi2 kul 7am Halil(biras aku, bapanya Hakim) dah amik aku kat Melawati. Aku, Halil, Hakim & Alang gerak ke Cyberjaya.

Sampai kat sana, terus amik basikal, terus letak kat transition area. Ramai juga budak2 yg masuk. Kemudian, race briefing oleh race director En. Azwar yg amat berdedikasi.

DSC_2952

Comel adik ni posing bila nampak aku point camera kat dia

DSC_2971

Hakim sempat bergambar ngan kedua2 anakanda Raja Permaisuri Agong

DSC_2999

Kasih seorang ibu...

Race ini dimeriahkan lagi dgn kehadiran Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di mana dua anaknya mengambil bahagian dalam Trikidz ini. Konvoy baginda tiba setelah pelepasan Kategori A berlangsung.

Anak buah aku Hakim berada di dlm kategori B. Seronok jugak tengok budak2 ambil bahagian dlm acara duathlon ni. Comel jer. Semasa berlepas tu, semua lari mcm tak cukup tanah. Laju jer masing2. Dlm ramai2 tgh dash tu ada jugak yg terjatuh. Bila dah sampai separuh jalan, masing2 dah nampak penat, ada yg dah jln berlenggang-kangkong lagi, siap borak2 ngan member. Bila suruh lari, kata dah penat. Hahaha.. kelakar betul budak2 ni. Tadi bukan main laju lagi.

Ada pulak sorang peserta ni, basikal lebih besar dari badan, bawak pun mcm Suparman dah. Handle nyer oversized, dah mcm bawak motor chopper pon ada. Tapi jgn mahin2, laju tuuuu… perghhh dasat2 budak2 ni. Bleh jadi pelapis triathlete negara nanti ni.

DSC_3052

Adik ni kayuh basikal dah mcm Superman

DSC_3086

Water station

DSC_3099

Anakanda kepada Raja Permaisuri Agong diiringi oleh 2 org escort

DSC_3103

Hakim menamatkan perlumbaannya

Semasa nak sampai transition area tu, ada jugak yg eksiden berlaga basikal, berlaga ngan org pon ada. Ada jugak yg brek pakai kaki walaupon ada brek tangan. Aisehhh… hehehe.

Masa kat garisan penamat, ada sorang ni dah nak nangis sbb dah terlalu penat, tp terpaksa jugak lari kerana dihambat oleh parents mereka. hehehe.. kesian ada, kelakar pon ada. Memang seronok.

Ada juga acara untuk parents iaitu acara relay team, run-bike-run.

DSC_3109

Ehh.. hakim jgn duduk situ, tu tpt permaisuri agong!

DSC_3120

Azwar, race director yg amat berdedikasi

DSC_3130

Keberangkatan pulang Raja Permaisuri Agong

DSC_3138

Duathlon dah settle, lepas ni triathlon plak yer Hakim

DSC_3157

Finisher's medal - belakang

DSC_3158

Finisher's medal - depan

DSC_3169

Piala2 utk para pemenang

DSC_3171

Azwar menyampaikan hadiah

Acara habis dlm kul 1pm lebih. Apa pun syabas kepada pihak penganjur, terutama En. Azwar & rakan2 di bawahnya yg turut membantu. Semoga penganjuran ini akan dpt mengetengahkan lagi sukan triathlon & melahirkan pelapis2 triathlete negara.

SYABAS KALIAN!!!

p/s: Utk gambar2 yg selebihnya, sila klik di sini : http://foto.fairul.org/v/activities/triathlon/trikidz2009/

My New Brooks Glycerin 6

Thursday, May 28th, 2009

Memandangkan kasut Mizuno Wave aku yg lama dah berusia 2 thn lebih, tapaknya pon dah haus & makan tepi, aku decided nak tukar kasut lari plak. Survey punya survey, akhirnya aku end-up ngan kasut Brooks Glycerin 6.

Beli ngan harga RM244 kat Jusco 1 Utama. Bleh laaa.. Tu yg the most affordable one, with high-end specs. Semalam aku try lari ngan kasut ni kat tpt training biasa aku, Kepong Metropolitan Park. So far so good. Cuma aku nak kene adapt dulu ngan kasut tu, proses yg biasa dilalui selepas beli kasut running baru.

Brooks Glycerin 6

Brooks Glycerin 6

Glycerin

Glycerin

Side view

Side view

Back view

Back view

Other side view

Other side view

Bottom view

Bottom view

SC KL Marathon 2009 Route Tour

Tuesday, May 26th, 2009

This is the video showing the route for 42.195km in the upcoming SC KL Marathon which i will be taking part. The route seems ok to me. As you can see, most flyovers will not be used. Will use the lower road instead. So, can save energy there.

Sit back and enjoy the ride.

Siemens Run 2009 Open for Registration

Monday, May 4th, 2009

Siemens Run 2009 is now open for registration. You can register online or download the form and submit to them manually.

Hurry register yourself!
The first 2000 runners to register under category A-E will receive a free Reebok vest
, others will receive a round-neck t-shirt.