Event : Trikidz Cyberjaya Kids Duathlon
Date : 13-14 June 2009
Venue : Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

DSC_2911

Alang, Hakim & Halil

DSC_2913

Basikal budak2 yg cute2

DSC_2929

Biras & abg ipar aku yg cool

DSC_2934

Group photo sebelum race

Event ni aku tak bawak anak aku masuk, tp aku pegi nak kasi support kat anak buah aku, Hakim yg amik bahagian, sambil2 jadi photographer.

Pagi2 kul 7am Halil(biras aku, bapanya Hakim) dah amik aku kat Melawati. Aku, Halil, Hakim & Alang gerak ke Cyberjaya.

Sampai kat sana, terus amik basikal, terus letak kat transition area. Ramai juga budak2 yg masuk. Kemudian, race briefing oleh race director En. Azwar yg amat berdedikasi.

DSC_2952

Comel adik ni posing bila nampak aku point camera kat dia

DSC_2971

Hakim sempat bergambar ngan kedua2 anakanda Raja Permaisuri Agong

DSC_2999

Kasih seorang ibu...

Race ini dimeriahkan lagi dgn kehadiran Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di mana dua anaknya mengambil bahagian dalam Trikidz ini. Konvoy baginda tiba setelah pelepasan Kategori A berlangsung.

Anak buah aku Hakim berada di dlm kategori B. Seronok jugak tengok budak2 ambil bahagian dlm acara duathlon ni. Comel jer. Semasa berlepas tu, semua lari mcm tak cukup tanah. Laju jer masing2. Dlm ramai2 tgh dash tu ada jugak yg terjatuh. Bila dah sampai separuh jalan, masing2 dah nampak penat, ada yg dah jln berlenggang-kangkong lagi, siap borak2 ngan member. Bila suruh lari, kata dah penat. Hahaha.. kelakar betul budak2 ni. Tadi bukan main laju lagi.

Ada pulak sorang peserta ni, basikal lebih besar dari badan, bawak pun mcm Suparman dah. Handle nyer oversized, dah mcm bawak motor chopper pon ada. Tapi jgn mahin2, laju tuuuu… perghhh dasat2 budak2 ni. Bleh jadi pelapis triathlete negara nanti ni.

DSC_3052

Adik ni kayuh basikal dah mcm Superman

DSC_3086

Water station

DSC_3099

Anakanda kepada Raja Permaisuri Agong diiringi oleh 2 org escort

DSC_3103

Hakim menamatkan perlumbaannya

Semasa nak sampai transition area tu, ada jugak yg eksiden berlaga basikal, berlaga ngan org pon ada. Ada jugak yg brek pakai kaki walaupon ada brek tangan. Aisehhh… hehehe.

Masa kat garisan penamat, ada sorang ni dah nak nangis sbb dah terlalu penat, tp terpaksa jugak lari kerana dihambat oleh parents mereka. hehehe.. kesian ada, kelakar pon ada. Memang seronok.

Ada juga acara untuk parents iaitu acara relay team, run-bike-run.

DSC_3109

Ehh.. hakim jgn duduk situ, tu tpt permaisuri agong!

DSC_3120

Azwar, race director yg amat berdedikasi

DSC_3130

Keberangkatan pulang Raja Permaisuri Agong

DSC_3138

Duathlon dah settle, lepas ni triathlon plak yer Hakim

DSC_3157

Finisher's medal - belakang

DSC_3158

Finisher's medal - depan

DSC_3169

Piala2 utk para pemenang

DSC_3171

Azwar menyampaikan hadiah

Acara habis dlm kul 1pm lebih. Apa pun syabas kepada pihak penganjur, terutama En. Azwar & rakan2 di bawahnya yg turut membantu. Semoga penganjuran ini akan dpt mengetengahkan lagi sukan triathlon & melahirkan pelapis2 triathlete negara.

SYABAS KALIAN!!!

p/s: Utk gambar2 yg selebihnya, sila klik di sini : http://foto.fairul.org/v/activities/triathlon/trikidz2009/