Port Dickson International Triathlon 2009
Wednesday, July 15th, 2009Hari pertama
Hari Sabtu 11/07/2009, aku memandu ke PD utk register PD triathlon. bertolak dlm 11am lebih. Singgah sebentar di kedai abah aku di Nilai-Seremban. Hampir pukul 1pm, aku teruskan perjalanan ke PD. Sampai ke PD, aku bleh sesat nak cari tempat pendaftaran. PD Marina, Admiral Marina & mcm2 Marina lah aku jumpa. Confuse aku dibuatnya. Last2 aku call Mr. Chan sendiri tanya apa nama tempat daftar. Then aku call member aku Shahrom utk direction. Kul 2 lebih aku sampai di Admiral Marina & Leisure Club. Masuk ke dalam rupanya tempat ni. Aku plak tak perasan banner sebesar2nya terpampang tepi jln. Tu lah, pegi takde co-pilot nih.
Selepas register, tgk gerai2 yg dibuka di samping triathlon ni. Byk pulak brg murah2. Adehhhh.. tak bleh tahan tengok, aku plak tak bwk duit byk. Adoi, melepas. Aku hanya beli baju PowerBar je.
Pukul 4pm, aku pegi menyaksikan acara kategori Sprint & Super Sprint(kanak2 bawah 13 tahun). Dimulakan dengan acara Super Sprint dulu & kemudian Sprint. Walaupun air surut, tp ombak agak besar & air laut beralun. Harap2 esok pagi laut tak teruk mcm ni.
Pukul 5 lebih, aku pegi check-in apartment. PD Marina. RM80 utk peserta triathlon. Apartment 1 bilik. Walaupun tempat ni agak lengang, tp keadaan bilik amat memuaskan hati. Cukup ok utk aku stay sorang.
Malam pegi carbo-loading dinner & briefing. Borak2 & kenal2 dgn rakan triathlete yg lain. Abu, Dush, Farid, Ariff. Lepas tu, pulang ke bilik & tidur awal.
Hari ke-2
Bangun pukul 5am, mandi, subuh dan terus pergi ke tempat triathlon start. Hujan renyai2 pagi tu. Cuaca agak sejuk. Aku agak risau kemungkinan keadaan laut yg bergelora.
Semasa aku tgh setup equipment aku di transition, hujan pun berhenti. Tp tak cukup utk utk mengubah keadaan laut. Angin masih kuat.
Setelah body marking, aku terus ke pantai. Borak2 sket dengan Juliana, thanks for the last minute tips, Julie. Aku turun ke dalam air utk warm-up dan meninjau2 keadaan air. Arus dalam air agak kuat & ombak beralun.
Peserta wave pertama dilepaskan tepat pukul 8am. Aku dlm wave ke-2, dilepaskan 5 minit kemudian. Mula2 renangan aku agak relaks, siap boleh borak2 ngan Stupe lagi. Tapi makin lama makin sukar. Arus menolak aku ke tepi menyebabkan aku lari dari arah sebenar. Rasa mcm jauh je nak sampai buoy pertama tu.
Setelah renangan masuk ke kawasan marina, renangan jadi makin senang sebab tiada arus. Tapi air terasa mcm berminyak laa pulak. Minyak dari bot2 di situ. Tiba2 aku rasa mcm panas jer kat leher aku. Iskk amende nihh.. Ahh lantak lah, aku teruskan renangan.
Renangan aku lancar, cuma sebelum tiba di buoy terakhir, arus kembali kuat, agak sukar mengemudi renangan. Renangan ke pantai lebih laju kerana mengikut arah arus. Aku berjaya tamatkan renangan dlm masa lebih kurang 50 minit. Iskk… lambatnya. Lambat 10minit berbanding renangan di Kenyir. Mungkin sbb arus yg kuat.
Di T1, aku tak mengambil masa yg lama, mungkin tak sampai 2 minit, aku sudah start mengayuh. Route basikal kali ni tidak seteruk Kenyir. Mengikut istilah org2 basikal, rolling route. Pendakian, jalan rata dan turun bukit tanpa perlu kayuhan yg berat.
Memang kayuhan kali ni lebih enjoy, lengkap dgn pemandangan yg cantik. Mcm bersiar2 pulak. Aku berhenti di water station pertama utk mkn Power Gel. Terlupa nak mkn di T1 tadi. Lepas tu aku teruskan kayuhan, siap drafting ngan Julie lagi. Dia tak perasan aku kat belakang. Tapi aku dpt ikut sekejap jer lah. Julie terlalu pantas untuk aku kejar.
Semasa dlm perjalanan berpatah balik ke T2, aku dihentikan oleh sorang peserta wanita. Tiubnya bocor, tp tiada tools untuk tukar tube. Dengan semangat kesukanan yg ada, aku memberikan bantuan. Bangga aku dpt tolong org. Tak kisah laa walaupun peserta bukan dari negara sendiri, tak kisah lah.
Aku teruskan kayuhan hingga ke T2. Tiba di T2, aku terus tukar ke kasut larian, minum 100+ dan teruskan larian. Aku berselisih dengan Nik. Wahhhh.. laju lah ngko Nik.!!! Larian kali ni amat lancar, rasa macam tak penat. Air di water station disediakan dengan cukup. Ais kosong & 100+. Syabas penganjur!!! Aku tak risau utk mendapat dehydration & cramp lagi. Setiap kali jumpa water station, aku akan curah satu badan dgn air sejuk utk kurang kan body heat & elak cramp, dan minum 100+.
Ada sesuatu yg menarik perhatian di sini, sebelum sampai di KM5 larian, siap ada satu “illegal water station“, dikendalikan oleh rakan2 kepada triathlete. Hahaha!!! Kelakar lah korang ni! Buat aku terhibur & hilang stress semasa larian. Di “illegal water station” ni ada buah mata kucing, rambutan, air sirap & free flow water spray. Aku lepak sebentar mkn buah mata kucing bersama Mej. Kalam. Hehehe.. Mmg hilang stress & penat aku berlari. Good idea & effort! kepada sapa2 yg mengendalikan “illegal water station” tu, thanks to all of you!
Semasa larian, aku memintas ramai peserta. Aku dapat buat larian yg konsisten, larian adalah kelebihan aku. Jadi aku takkan sia2kan. Stupe datang dengan bike Cervelo nya yg cun sambil offer aku air tenaga. Terima kasih yg tak terhingga kpd Stupe!!! Walaupun belum kenal rapat, tp semangat setiakawan dlm sukan ni mengatasi segala jurang yg ada.
Di KM terakhir, terjumpa dgn Dush, yg memberikan aku tepukan & sokongan moral. Tambah semangat lagi aku nak habiskan race. Makin dekat, aku makin lajukan langkah. Akhirnya aku berjaya habis dgn masa hampir 4jam. OK lah tu. Aku dpt habiskan race dengan enjoy!
Selepas sessi borak2 & bergambar, aku melangkah ke transition area utk kemas brg2 aku & pulang ke apartment. Aku minta check-out lambat sikit dgn org di kaunter. Pukul 1.40pm aku check-out. Pegi makan tgh hari di tepi pantai di PD. 2 pinggan nasi ayam aku belasah, lapar tahap cipan-zee. Dah kenyang, aku drive ke tepi pantai, parking bawah pokok, pasang air-cond, landing time. Tak larat aku nak drive balik skrg, badan masih letih & mengantuk. Sejam kemudian, aku bangun & drive pulang ke KL.
A perfect & memorable weekend!!!










